Thursday 6 August 2009

Menanti Di Barzakh

Aku dh lama x dgr lagu nasyid skang ni. then, td aku br je dgr lagu2 nasyid n aku tertarik dgn satu lagu yg mengingat kan aku tentang kematian.. Lirik die simple but meaningful.

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih. Aku Menangis,
Ku Meratap. Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan,
Tetapi Ia Sebenar Kejadian,
Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Ke dalam Diri,
Sendirian Sendiri, Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tidak sanggupku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih. Aku Menangis,
Ku Meratap. Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Monday 3 August 2009

Motivasi Diri: Harga Diri

Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Sunday 2 August 2009

Postgraduate Trip

17June2009
Belum daftar master lg, dah ley join program postgraduate hehhehe. Dah lame x join xtvt cmni. Arini aku n kengkawan dpt peluang melawat ke u lain sambil carik link hehhehe bukan sambil belajar na..dua U yg bertuah dpt kunjungan mesra kami adalah USM, Penang and UTP, Tronoh. Kul 6.00ptg br kami check in “hotel” kat Kolej Tekun. Mlm tu, kami pi pekena char kuey tiaw. Tp kami silap port la, kedai yg kami pi tu xsedap huhuhu. After penat makn, g melencong ke Batu Feringgi. Bukan buat ape pun, dok bergambo je pun. N habis gak la duit sket kat situ hehhe. Actually, aku de niat lain selain nk jalan2. Aku join ni sb nk jupe my lovely friend, Nyda. Mula2 janji nk jupe kat Queensbay tp x jadik sb dh lewat mlm. Kul 1.30 a.m br aku dpt jupe nyda after balik dr g batu feringgi..So, kitorg beborak kat “hotel” jela. Kejap je pun dpt sembang2, mate dh ngantuk. Nk kene charge lu, cz sok pg dh nk gune balik mate ni. Sempat layan sampai kul 4pg je. Tu kire orait la, dr x dpt jupe.huhuhu…


18 June 2009
Esoknye, nyda teman aku g sarapan kat Kafe Kolej Fajar Bakti.Jenuh gak la nk carik kafe tu. Igtkan sempat la follow bas ump, tp x sempat. Aku nek kete ngan nyda pg tu..tu yg sesat sket hehhe. After breakfast, aku dh kene chow g IPS(Institut Pengajian Siswazah). Huhuhu…sedey nk tinggalkan my best friend. Salu, die yg cry2 dulu..kali ni aku lak huhuhu..Really miss her.ok, enough pasal kawan aku, Si Gemul. Mase kat IPS, kitorg sempat bergambo cm dh xde mase lain nk begambo hehhe. Yang beh nye bukan ape, kite posing sket je, sure de camera yg nk tunggu nk amik gambar hehehe( ala2 model ahahha)..pe lagi, layan aje.dapat lak geng yg fotogedik. Org2 IPS mmg best, layan baik betul. Tempat meeting pun grand, siap de alas2 perut.nampak cm sedap, tp aku x makan pun sb perut dh kenyang. So, tgk ajela as hiasan meja huhuhu..after bincang2 pasal system and all the things pasal postgraduate, kitorg kene jd responden tuk kajian kes mende ntah. Org pusat bahasa diorg wat kajian pasal discrimination towards foreigner student and local student.ade la soklan2 die tye. Nek lemas gak dok kene menjawab jawab nih. Kul 12.45 br habis selesai wt mende alah tu. Now, part yg paling di tunggu2 hehhe..lunch time. Depa2 ni, mmg ske layan tetamu habis2an hehhe. Mmg kenyang tul tghari tu.Jenuh UMP nk balas balik nt, cz dak2 postgraduate sane mmg dh de niat nk mai UMP.


After solat jamak takdim, we all g jalan2 lu. Pi carik jeruk xpeselly salak n pala. Siap de yg pesan suh bawak balik hehhe. Aku beli jeruk salak jela pun,bukan kedekut,cume xnak membazir hehhehe.(padahal, duit dh kering hahha).Pastu, Prof Ridhuan bawak g makan rojak pasembor kat Padang Kota Lama. Mahai bapak, seb bek bawak duit cukup2, kalo x, de gak yg kene tinggai sane huhuhu. Then, at 5pm kami sume gerak g UTP plak. Sampai2 je kat UTP, kitorg memulakan aktiviti biasa iaitu bergambar. Bg yg penah g UTP tu dh sedia maklum yg kawasan die mmg cantik. Tu yg dok bergamba sakan kat masjid UTP hehhe.Lame gak la dok beposing sementara nk tunggu check in hostel diorg. Alang2 dh mai UTP ni, aku ajak Naf mai bilik aku n Note. Lame x jupe member aku yg sorg ni. Cm biasa r, kitorg dok chit chat sampai kul 4 pg hehhehe.tu pun x ckup lagi,byk cite yg pending huhuhu.


19June2009
Hari ni siah x ley nk teman aku sarapan cz die nk balik Melaka dh sat g. Ntah bile ley jupe lagi. Program start kul 9pg . So, after mkn2, kitorg g ke bilik mesyurat akademik diorg. Yg ni pun canggih gak heheh. Ade gak sesi melawat ke lab diorg. Lebey kurang jela dgn lab kat UMP ni. diorg ni pun de gak sediakan lunch. Tp kitorg dok begambo kat area depan Complex Academik diorg sementara diajak mkn hehehe.bile dh kenyang, kami pi solat n then gerak balik UMP. Atas bas, sume peserta pakat tdo je, penat la kunun nye hehhe termasuk la aku. Asal terjaga je, kat RnR, asal terjaga je dh kat stesen minyak hehehe. Kesimpulan nye, asal terjaga je, turun g crik mkn hehhe..kul 10.30 mlm gak la kitorg sampai UMP. Perjalanan yg memenatkan, tp best sb dapt kenal lebey rapat dgn member postgraduate yg lain n dapat jupe 2 member baik.

Scholarship for my Master

ALHAMDULILLAH....Akhirnya, aku berjaya mendapat tawaran tajaan Biasiswa National Science Fellowship (NSF) tuk master aku. Rasa bersyukur sangat sb Allah telah mempermudahkan urusan berkaitan scholar aku ni and also berkat doa dari seorang mak..Thanx mak.. After abeh master, aku akan terikat dgn sektor kerajaan selama mane MOSTI dh taja aku. Biasa la tu, mane de mende free skang ni..hehhe..ni aku nk share sket pasal pejalanan mase yg aku kene tempuh tuk trima NSF ni.

14 Mac 2009
Aku daftar name dalam website NSF. Dh mula isi form die secara online. Banyak sey aku kene isi. After submit ke MOSTI, supervisor master aku pulak kene jawab macam2 soklan MOSTI. Seb bek aku sempat anta before the end of March. Kalo x kene tunggu bulan 6 baru MOSTI uruskan application aku.

30 April 2009

Dapat email kene g tebiu.

6 May 2009
Hari ni aku di intebiu kat Putrajaya. Alhamdulillah sb aku de member yg kene g tebiu sama tarikh n sesi dgn aku. Tambah pulak, aku x yah pening2 nk pk cmne nk g Putrajaya tu sb abg member aku ni sudi nk tlg hantar kami pagi tu. And bersyukur juga sb panel tebiu aku tu x soal banyak pasal projek aku. Diorg banyak tanya pasal matlamat aku amik master je. And tempoh aku dlm bilik tebiu tu pun x lame dlm 15 minit kot..ke kurang dr tu hehhe..n time tu x harap pape pun sb aku tgk org lain yg kene tebiu more than 15 min. Ape2 pun aku dh setelkan tebiu ni.

15 Jun 2009
Today, aku dapat satu email dr MOSTI yg menyatakan aku berjaya menerima biasiawa tu. Alhamdulillah sekali lagi sb aku mmg xletak harapan tuk dpat pun sb nye, ade ramai calon lain yg seklaster dgn aku..Ni la yg dinamakn rezeki.

26 Jun 2009

Aku dijemput oleh MOSTI tuk ke Majlis Penganugerahan Hadiah Biasiswa National Science Fellowship (Nsf) Bil. 1 Tahun 2009 Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi kat UNITEN. Mase dpt jemputan dulu, tu aku penin pale cm ne nk pi sane sb nye aku xdak transport. Last2 aku dpat juga transport free sb nye, aku igt nk tye CGS tuk apply kete UMP then tau2 je ade staf CGS yg kene pergi gak..maka aku dgn lega nye menumpang la kete staf tu hehhe..pergi balik transport tersedia..Alhamdulillah. Majlis tu dibuat sempena nk beri taklimat n nk beri surat tawaran biasiswa kepada student yg beraya.

10 Julai 2009

Ni tarikh akhir aku kene submit reply form tuk terima biasiswa tu. Alhamdulillah semua nye dh setel n now aku kene tunggu surat perjanjian n duit masuk je hehhee